Sunday, August 30, 2009

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM)


Dr Alias Mohamed,
Presiden dan Pengerusi Cawangan Kelantan

Bekas Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Ghafar Baba) dan bekas Attache’ Penerangan di Kedutaan Besar Malaysia di Ottawa, Kanada. Pernah juga bertugas di Wisma Putra sebagai Ketua Penyelidik dan Penilaian, Penerangan Luar Negeri atas perlantikan politik. Sebelum itu, beliau menjadi Pensyarah di Jabatan Sejarah, Jabatan Asia Tenggara dan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di antara 1977-1979.

Dr Alias pernah berkhidmat dengan Berita Harian dan New Straits Times dan dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sebagai Anggota Sidang Pengarang Akhbar UMNO, ‘Suara Merdeka’. Tulisan-tulisannya dimuat dalam New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Dewan Masyarakat, Pemikir, Journal of Southeast Asian Affairs, Singapore dan jurnal-jurnal berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh Universiti Malaya.

Beliau telah menulis lebih daripada 30 buah buku dan kini aktif dalam bidang perniagaan, disamping mengambil bahagian dalam kongres-kongres pendidikan dan perpaduan Melayu.

Beliau memiliki ijazah MA daripada University of New Brunswick, Kanada dan Ph.D. daripada Universiti Malaya. Beberapa bahagian dari tesis MA dibukukan berjudul “Kelantan –The Problems of Land Development and Corruption” (Insular Publishing, 1982) dan “Islamic Party of Malaysia – Past, Present and Future” (Gateway Publishing House,1990). Ijazah MA Sains Politik adalah dengan ehsan biasiswa Fellowship daripada New Straits Times Press (1975-76).

Tesis Sarjana Muda (Universiti Malaya 1972/73) bertajuk “Inteligensia Melayu Kelantan” diterbitkan dengan tajuk yang sama dalam tahun 1977. Buku beliau yang pertama ialah Kelantan - Politik dan Dilema Pembangunan, (Utusan Publications, 1975). Beliau masih aktif menulis buku-buku dan dalam akhbar.



Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid,
Timbalan Presiden


Mior Kamarulbaid bin Mior Shahid mempunyai kerjaya kewartawanan yang panjang menjangkau 32 tahun. Beliau mula sebagai pemberita kadet di RTM dalam tahun 1975 dan kekal di sana sehingga 1980 apabila beliau menyertai Berita Harian, akhbar dalam Kumpulan The New Straits Times Bhd.

Beliau kemudian berjaya mencapai kedudukan mula-mula sebagai pengarang Berita, Ketua Pengarang Berita, Penolong Pengarang Kanan, Penolong Pengarang Kumpulan dan akhirnya Timbalan Pengarang Kumpulan.

Beliau meninggalkan Berita Harian dalam tahun 2004 untuk menyertai dunia perniagaan. Mior Kamarulbaid juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya (2000 - 2006)

Beliau memiliki ijazah kewartawanan daripada UiTM dan Sarjana Sastera Komunikasi daripada UKM. Beliau pernah menghadiri latihan kewartawanan di Thomson Foundation, Regent College, United Kingdom dan Felo Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston, USA. 



Tuan Haji Mohd Salleh Anjah
Setiausaha Agung 


Salleh Hamzah atau nama sebenarnya Mohd Salleh Anjah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan, Parit Bakar, Muar dan kemudian melanjutkan pendidikan menengah di High School, Muar.  Selepas tamat persekolahan Salleh memasuki maktab perguruan pada tahun 1963. Tamat latihan mengajar di Batu Pahat, Johor.

Salleh menumpukan penulisan di bidang berita dan rencana sejak di maktab perguruan. Rencana-rencana dimuatkan di akhbar arus perdana – Utusan Melayu dan Berita Harian. Kecenderungan ini menyebabkan beliau meninggalkan bidang perguruan dan dalam tahun 1971 menyertai Utusan Melayu sebagai Pengarang akhbar Mingguan Pelajar – Utusan Pelajar.

Selepas lima tahun di Utusan, Salleh berpindah ke Berita Harian sebagai penyunting dan kemudian sebagai pengarang Berita Minggu. Beliau menerima Anugerah Wartawan Malaysia pada tahun 1981.

Selain dunia kewartawanan, Salleh juga memasuki dunia kesusasteraan dengan memberi tumpuan kepada penulisan novel kanak-kanak, di samping menghasilkan skrip drama sejarah untuk Radio Pendidikan.

Salleh adalah diantara pengasas Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja. Beliau membabitkan diri dalam banyak persatuan, termasuk Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian, Persatuan Sejarah Malaysia, di samping menjadi penggiat seni lukis dan teater yang aktif.



Encik Tajuddin Saman,
Bendahari Agung 


Lahir di Kodiang, Kedah dan memiliki Sarjana Muda Komunikasi UiTM.  Pernah menghadiri kursus Journalism di University of Singapore (1969).

Beliau bertugas sebagai pemberita di akhbar Pelita Rakyat pada pertengahan 1970 dan kemudian mulai 1975 bertugas sebagai wartawan di Berita Harian selama kira-kira 30 tahun. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Haji Osman Aroff dan Setiausaha Akhbar Menteri kepada Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin di Jabatan Perdana Menteri.

Akhir sekali Tajuddin sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid yang kemudian bertukar sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada 1990 beliau menerima Hadiah Kewartawanan – Anugerah Kajai – daripada Institut Akhbar Malaysia. Beliau menghasilkan beberapa buku termasuk “Dari Kodiang ke Jalan Riong”, “Tokoh Ulama Nusantara” dan antologi cerpen “Bungkusan Sutera Biru”. Novel sulungnya, “Mengejar Pelangi” (sedang dalam penerbitan JAKIM Malaysia) 



Encik Jamudin Idris,
Penolong Setiausaha Agung dan Pengerusi Cawangan Terengganu 


Jamudin Idris dilahirkan pada 13 Mei 1958 di Jembal, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menyertai kumpulan akhbar Berita Harian pada 1982 dan pada 1990 menjadi Ketua Biro Berita Harian, Kuala Terengganu. Daripada wartawan Meja Am, beliau menyertai Meja Sastera dan Budaya dan terakhir sebagai Penulis Khas dengan akhbar Berita Minggu.

Jamudin berkelulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Selepas berkhidmat lebih 20 tahun dengan akhbar Berita Harian, pada September 2004 beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Datuk Seri Dr Rais Yatim) selama tiga tahun. 



Encik Muhammed bin Ibrahim @ Matt Metro 
Ketua Biro Penerangan & Media Kebangsaan 

Muhammed bin Ibrahim @ Matt Metro, lahir di Kelantan dan lulus diploma fotografi UITM (1980) sebelum dilantik Pegawai Media Timbalan Menteri Kehakiman (1998 – 2001) dan kemudian bergiat dalam perniagaan dan syarikat pembinaan. Beliau ialah Pemenang Anugerah Kewartawanan Bahasa Melayu BERNAMA (1990) dan Pemenang Pertama Anugerah Foto Terbaik Harian Metro (1992). Perlantikanperlantikan lain ialah Ahli Jawatankuasa Penerangan Biro Anti Fitnah UMNO Malaysia (1998 – 2004), Pegawai Penerangan UMNO Malaysia (1999 – 2003), Pegawai Penerangan UMNO Cawangan, Timbalan Ketua UMNO Cawangan, Jawatankuasa Persatuan Penulis- Penulis Sukan Malaysia (1999 – 2006), Bendahari Agung Yayasan Kasih Sayang Malaysia (2001 – 2006) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Yayasan Selangor. 



Encik Abdul Rahim Lajis
Pemeriksa Kira-Kira

Abdul Rahim Lajis berasal dari Melaka, umur 48 tahun. Kerjaya beliau sebagai wartawan bermula di Berita Harian sebagai wartawan sukan pada tahun 1981. Jawatan terkini yang disandang ialah sebagai Penolong Pengarah Utusan Malaysia. 



Encik Samsudin Oli Mohamed
PJB., JT. 
Pengerusi Cawangan Perlis 

Beliau mendapat pendidikan di Institut Kemahiran Belia Negara dan memiliki Ijazah Komunikasi dengan Kepujian di UUM. Diantara jawatan yang dipegang ialah Jurufoto Berita Harian (1984-95), Pemberita Sambilan Berita Harian/Harian Metro dan dari 2001-2008 sebagai Ketua Unit Foto, Pejabat Perhubungan Awam, Pejabat Canselori, UUM. Kini wartawan www.eduwebtv.com dan memberi ceramah Bengkel Kewartawanan UUM. 



Encik Saad Noordin 
Pengerusi Cawangan Kedah 

Che Saad bin Noordin ialah Pengerusi Persatuan Wartawan Kedah Tengah, Sungai Petani, Kedah dan Naib Pengerusi Persatuan Penulis dan Kebudayaan, Daerah Baling, Kedah. Menerima Pingat BKM dan PJK, Kedah. Buku yang dihasilkan bertajuk “Virus” (2001). 



Tuan Haji Md Radzi Mustapha
BCM, PJK 
Pengerusi Cawangan Selangor

Haji Md. Radzi Mustapha dilahirkan di Kajang Selangor pada 23 Oktober 1954. Beliau menghadiri kursus kewartawanan di American Press Institute, Reston, Virginia, USA. Kemudian bertugas sebagai Penolong Pengarang Berita Harian di antara 1975-1990. Kini bergerak sebagai Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hulu Langat. 


Encik Sulaiman Kilo @ Saripudin Kadir
Pengerusi Cawangan Sabah/Labuan 



Puan Hajjah Rahamah Saad
Ahli Jawatankuasa 

Rahamah Saad dilahirkan pada 6 September 1951, di Taiping, Perak. Mula bergiat dalam bidang penulisan ketika bertugas sebagai pemberita di akhbar Utusan Malaysia pada akhir tahun 1971. Kemudian beliau bertugas dengan majalah Wanita selama lima tahun. Selepas itu, selama beberapa tahun, beliau bertugas sebagai penulis bebas dengan majalah Dewi, Alam Wanita dan Jelita serta dengan akhbar-akhbar tempatan, Utusan Melayu dan Berita Harian, hinggalah pada pertengahan tahun 1986 apabila beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan majalah Timang. 



Encik Hanafiah Samad
Ahli Jawatankuasa 

M. Hanafiah A. Samad lahir pada 1 Jun 1952 di Muar Johor. Memulakan kerjaya di bidang penerbitan media elektronik di Jabatan Penyiaran Malaysia dari 1975-1980. Kemudian menjadi sidang pengarang majalah PENGHIBUR dan JAGUH di Berita Publishing Sdn Bhd dari 1980-1985. Selepas itu bertugas sebagai wartawan akhbar Berita Harian dari 1985-1990. Jawatan terakhir beliau ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor dari 1990 -1995 



Encik Manan Oshman
Ahli Jawatankuasa 

Bekas wartawan New Straits Times. Mengundurkan diri pada tahun 2004 setelah berkhidmat selama lebih 25 tahun. Kemudian menyertai UMNO TV sebagai Editor buletin Bahasa Inggeris dan seterusnya menyertai pula Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM), sebuah badan pemikir (think tank). Kemudian terlibat dengan penubuhan dan operasi badan bukan kerajaan, Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA), yang mengabdikan diri terhadap usaha memperkasakan pendidikan anak bangsa, di samping menjadi penasihat editorial kepada beberapa agensi pengiklanan. Kini memiliki firma perhubungan awam sendiri. 



Tuan Haji Wan Ahmad Wan Hassan
Ahli Jawatankuasa 

Haji Wan Ahmad Wan Hassan ialah Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (PWMK) dan ahli Kelab Wartawan Veteran Utusan Melayu. Berasal dari Kuala Besut, Terengganu dan menetap di Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah dan bergiat aktif sebagai pengarang. Beliau juga berpengalaman sebagai bekas Wartawan Eksklusif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad selama 22 tahun, dari tahun 1974 hingga 1996. 



Encik Azahar Kasim 
Ahli Jawatankuasa 

Azahar Kasim adalah pensyarah (Komunikasi dan Media), Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang kewartawanan setelah berkecimpung dalam bidang itu selama 17 tahun. Pernah bekerja di akhbar Watan selama dua tahun dan selebihnya dengan akhbar Berita Harian dan Harian Metro selama 15 tahun. Kelayakan akademik: General Degree (Komunikasi Massa) - Universiti Teknologi MARA (Uitm) dan Sarjana – Sastera (Media Studies), Universiti Malaya dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang media peringkat Ph.D. di  Universiti Malaya 



Tuan Haji Abdullah@ Endut Mat Ali 
PJK, PPN, PPM 
Ahli Jawatankuasa 

Lahir pada tahun 1939 di Marang Terengganu. Berpendidikan di Sekolah Melayu, Marang kemudian menyambung persekolahan ke Sekolah Melayu Paya Bunga, Kuala Terengganu sehingga ke darjah khas. Pada tahun 1956 ditawarkan menjadi guru.

Pada 1958 masuk Maktab Perikanan Laut. Pada 1960 mula bekerja sebagai pemberita akhbar dengan Utusan Melayu. Sebelumnya banyak menulis rencana dalam Berita Harian. Lebih dari 20 tahun menjadi pemberita dengan Utusan Melayu dan pernah bertugas di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, di Terengganu, Melaka dan Pahang sebagai pemberita negeri. Selama 12 tahun (1974-1986) bertugas dengan Kementerian Pertanian & Perikanan (LKIM) sebagai Pegawai Penerangan dan Pengarang dengan Tugas Khas untuk menubuhkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh Malaysia kecuali Sabah.

Jawatan dalam persatuan wartawan & penulisan yang pernah dan sedang disandang termasuklah Pegawai Penerangan PELITA Terengganu, EXCO KAWAT Terengganu, Pengerusi PWMM Terengganu, EXCO PWMM Kebangsaan, EXCO KVUM Kebangsaan, Presiden PEWARTA Terengganu. 



Tuan Haji Abdul Rahim Abdullah
Ahli Jawatankuasa 

A. Rahim Abdullah dilahirkan di Kangar, Perlis. Kerjaya sebagai pensyarah di Akademi Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Menulis dalam pelbagai bidang sejak akhir tahun 1960an. Pernah berkerja dalam bidang insuran, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan juga akhbar Berita Harian sebagai editor sastera. Bergiat dalam organisasi penulis antara lain PENA, Ahli Jawatankuasa GAPENA, Ahli Jawatankuasa Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia dan Ketua 2 AKSARA. 



Y. Bhg Datuk Hafifi Hafidz
Ahli Jawatankuasa 

Datuk Hafifi Hafidz – 1982, graduan UITM, berkhidmat dengan NSTP mulai 1983 - 2005. Bermula sebagai wartawan kadet dan wartawan ekonomi kemudian dilantik Ketua Biro Negeri, Penolong Pengarang Meja Berita, Pengarang Meja Ekonomi/Biznes, Timbalan Pengarang Projek Khas dan Timbalan Pengarang Berita Harian/Berita Minggu. Jawatan terakhir Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad. Kini menjalankan perniagaan sendiri sepenuh masa. 



Y. Bhg Dato' Abdul Wahab Abdul Majid 
Ahli Jawatankuasa

Datuk kepada Haji Abdul Wahab Majid berasal dari Acheh, Sumatera Utara. Ibu beliau adalah keturunan Merah Mas, Tengku Muda Tanjung Alai, Katuanan Padang Undang, Rao, Mapatunggul.

Berasal dari keluarga pendidik iaitu Guru: Nenek beliau bernama Haji Abdul Kader, seorang pejuang kebebasan Acheh, menjadi pembesar dan tokoh pendidik. Sebatang jalan besar di hadapan masjid negeri (Baitul Rahman) di Bandar Acheh telah diberi nama Jalan Haji Abdul Kader, sebagai mengenang jasanya.

Datuk beliau, Mohd Jabbar bin Abdul Kader, berhijrah ke Tanah Melayu dan sampai ke Kampong Dong sekitar tahun 1890. Mohd Jabbar merupakan pengasas dan guru pertama Sekolah Rakyat Dong. Sekolah ini adalah diantara dua buah sekolah, selain Kampong Budu, yang ditubuhkan di Pahang Barat sekitar awal dekad 1900. Sekolah Kebangsaan Dong diberi yang nama baru sebagai Sekolah Mohd Jabbar, untuk mengenang jasa datuk kami, Mohd Jabbar.

Kerjaya pendidikan telah turun kepada Abdul Majid, bapa Datuk Wahab, sebagai guru di Daerah Raub. Pada akhir hayatnya beliau menjadi guru agama. Pendidikan Datuk A. Wahab adalah seperti berikut:

1936 - Sekolah Melayu, Kampong Dong, Raub.
1941 - Sekolah Inggeris, Malay Special Class Mahmud School Raub.
1942 - 1944 - Sekolah Jepun, Kampong Gali & Kampong Dong
1945 - Postal College (Jepun) di Kuala Lumpur
1946 - 1948 - Masuk semula belajar di Mahmud School, Raub
1949 - 1950 - Di Clifford School, Kuala Lipis. Lulus Senior Cambridge School Certifificare
1951 - Tingkatan Enam (Sixth Form) di Malay College, Kuala Kangsar.

Tidak bernasib baik untuk mendapat biasiswa bagi melanjut pelajaran tinggi

Kerjaya
1952 - 1954 - Berkhidmat dengan Utusan Melayu Press di Singapore dan Kuala Lumpur. 
1955 - 1956 - Anggota Sidang Pengarang Majalah ‘Maju’, terbitan RIDA (Rural Industrial Development Authority), kemudian menjadi watawan bebas.
1958 - 1967 - Menyertai akhbar Cina, Nanyang Siang Pau, sebagai wartawan Kanan dan akhirnya sebagai Advisory Editor, di samping berkhidmat dengan Nanyang dan menjadi wartawan sambilan untuk British Broadcasting Corporation (BBC).
1965 - Menghidiri Sidang Afro-Asia II, di Algiers (aborted), sebagai wakil AAPSO dan wartawan Nanyang.
1967 - September - Disember - dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai anggota delagasi ke persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, di bawah pimpinan YB Tan Sri V. Manickavasagam. Duduk dalam Fifth Committee (Finance & Budget)
1968 - Mac - Dilantik oleh Kementerian Penerangan sebagai Anggota Pengasas BERNAMA Eksekutif Editor.
- Diberi mandat untuk mempelajari struktur dan fungsi Pertubuhan Berita Asia
- Kyodo News Agency (Japan), Antara News Agency (Indonesia), Indian News Agency (India). 



Y.Bhg Datuk Ahmad Rejal Arbee 
Ahli Jawatankuasa

Dato’ Ahmad Rejal Arbee Mohd Isa Arbee telah berkecimpung dalam kerjaya kewartawanan selama 40 tahun. kerjaya beliau bermula dengan Berita Harian pada tahun 1963 dan selepas itu, beliau memegang jawatan di The Straits Times Press sebagai Chief News Editor 1977-1989, Bernama (wakil wartawan luar negara di Jakarta 1971-1973) dan kemudian dilantik Ketua Editor 1981-1989), Business Times (Editor-1989-1992), Berita Publishing (Group Editor 1992-1995), The Sun (Editor-in Chief 1995-1997) dan Berita Harian (Group Editor 1997-2003).

Kebanyakan latihan dan pengalaman Dato’ Ahmad Rejal diperolehi daripada beberapa institusi terkenal, seperti International Press Institute Geneva , Press Foundation of Asia dan British Newspaper Society and Commonwealth Press Union. Pada tahun 1995, beliau menghadiri East Asia CEO Leadership Seminar di Harvard University, Boston.

Pada Ogos 2003 sehingga April 2007, beliau berkhidmat sebagai Senior Independent Director of Kuala Lumpur Infrastructure Group (KLIG), syarikat induk KL Monorail dan selepas itu beliau menjadi pengarah beberapa organisasi.

Selain dari itu, Dato’ Ahmad Rejal Arbee juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Malayan Press Institute (1984-1989), Secretary General, Organisation of Asia-Pacific News Agencies, Pengerusi, Malaysian Centre for Environment Communication dan Pengerusi, Selangor Barat Chapter of Malay College Old Boy’s Association (MCOBA). 


Y. Bhg Dato' Suhaimi Yacob 
Ahli Jawatankuasa


9 comments:

  1. Permulaan yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Kesemuanya mempunyai latarbelakang yang mantap kecuali Pengerusi Cawangan Sabah/Labuan yg tidak menyertakan apa-apa maklumat maupun pengalaman dirinya.Bagaimana nak nilai keupayaannya sebagai penegerusi?

    ReplyDelete
  3. pwmk zabihusart sajak/puisi 31/1 :

    bukti fitnah

    belum kawin-kawin lagi
    untuk mencari sebuah cinta
    di bawah bulan sebagai teman

    -zainal abidin bin hussin 15
    kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  4. pwmk zabihusart sajak/puisi 4/2 :tarikh 4/2/2015 hari rabu dan bicara karya oleh zabihusart zabihus salleh jam 1.29 petang dekat sini hari ini .-MASNOZA

    DEMIT CINTA

    demit sebuah cinta
    egoan seorang perempuan
    maruk bukti fitnah
    ilusi seorang kekasih
    tanpa saksi warisan

    2.cinta jodoh kahwin
    itupun cemburu buta
    naik angkara angin
    jabariah dan qadariah
    tanpa temui ibu ayah
    akad nikah mutaah.

    -zainal abidin bin hussin 2015
    kg. demit kubang kerian
    kota bharu kel

    ReplyDelete
  5. pwmk zabihusart sajak/puisi 7/2 :tarikh 7/2/2015 hari sabtu bicara karya oleh : zabihusart husmoza demit -bayam dekat sini hari ini.-zabihusart

    ANAK DUA BERADIK

    ibu Allahyarhammah mas bt.sulong,76
    berdarah dipatuk ular berbisa
    ujian angkara seekor sendok

    2.ibu membasahi tangisku
    bercerai pindah ayah demit
    rumah kalut keluarga marut
    di slow machang pasir mas
    ayah bersatu hijrah ibu
    rumah sewa tanah merah
    anak kuli kontrak
    hanya anak kukut anak perempuan

    3.dalam usia hidupnya
    ibuallahyarhammah mas bt sulong ,76
    ayah allahyarham hussin salleh,74
    patuk berdarah luka
    anaknya kakitangan rusuk kanan
    tika beranak diHBKB
    ujian suratan takdirnya si anaknya
    tika ahad petang kelahiranku

    4.seekor ular sendok
    ekoran demit parutan luka
    nasib patukan berdarah luka
    dalam sejarah ular berbisa
    olah-olah melepaskan batuk
    demam denggi duduk setangga
    keluarga warisan penyewa

    5.anak dua beradik
    rumah sewa zabihusart
    sekampung demit -bayam
    anak dua beradik.

    -ZAINAL ABIDIN BIN HUSSIN 2015

    KG DEMIT KUBANG KERIAN
    KOTA BHARU KEL .

    ReplyDelete
  6. pwmk zabihusart sajak/puisi 14/2 : tarikh 14/2 /2015 hari sabtu karya bicara oleh : zabihusart jam 6.05 petang dekat sini hari ini.penulis kelantan .

    POHON BULUH WALAK DEMIT
    (kenangan pemergian tok ayah leh
    (salleh) kampung demit 1980

    pohon buluh di kelantan spray
    walak demit
    pagar-pagar kawat kampung
    padang darat demit
    mengamit kesedaran melayu
    sejarah ulamak kelantan

    2.peristiwa seorang lelaki
    yang bernama damat
    wang negeri rasuah pilihanraya
    dalam PBT PRU -14
    anak-anak mogok politik kelantan
    dun cempaka kelantan
    kekal kelantan di putrajaya .

    -zabihus salleh 2015
    kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  7. pwmk zabihusart sajak /puisi 16/2 : "angkara nyamok aedes".

    alam sekitar rerumah demit
    nasib anak-anak pencemaran
    gelisah dan gementar
    kawasan larangan
    angkara nyamok aedes
    rumah sewa zabihusart
    antaranya deman deggi

    -zainal abidin hussin 2015
    kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  8. pwmk zabihusart report 23/2 : asslamulaikum pwmk membership .things to do .thanks for you and membership here at 23/2/2015 time 3.50pm today.how are there.info zabihusart for new year 2015 about longtime past a goes.go to your to wait for the renthouse of a zabihusart now.somewhere abouit look me in the kampung demit-bayam 2006/2015.
    the office of a zabihusart now. only at me ,hi, mohd a happy sunday for you.
    datetime by zainal.kb from zabihusart only.

    "SENI WARTA PENA AND USAHA FOR PEOPLE OKU"

    thank you,
    by,masnoza

    ReplyDelete
  9. pwmk zabihusart sajak/puisi 24/2 : jam 10.49 malam di rumah sewa zabihusart demit dekat sini kelmarin .-

    LUKISAN POTRET

    1. lambaian kelantan peseni 1996/2015
    untuk rumah sewa pejabat zabihusart
    khidmat kreatif dan barangan terpakai
    itupun disyaki suspek kecurian
    dan penipuan muslihat kampung demit
    sebagai zainal pencuri demit bayam
    antaranya ceroboh masuk pecah rumah
    jalan yakobiah lundang di sini
    nasib usianya perpindahan sebuah
    rumah sewa dan pejabat
    zabihusart terkini

    2. pelukis oku "a man of the beckart"
    olah-olah di sini lahirnya sebuah potret
    wajah seorang ibu kenangan
    tika perginya ibuayah anak dua beradik
    rumah sewa tetangga perpisahan demit
    entah esok dimanaku bumi dipijak
    tanpa tanggungan dan sokongan
    bantuan rakyat termiskin e-kasih.

    -zabihus salleh 2015
    kota bharu kelantan

    ReplyDelete